BAYI pada kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal di Nirvana kini sudah dewasa.
Setelah 30 tahun berlalu, dia kini membuat tuntutan terhadap kumpulan atas kumpulan rock terkenal itu alasan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Lelaki berkenaan Spencer Elden mendakwa dia adalah bayi yang berbogel di kolam renang pada kulit album Nirvana yang diterbitkan pada tahun 1991 itu.
Menurut laporan TMZ, dalam tuntutannya Elden mendakwa dia tidak bersetuju gambar tersebut digunakan pada album pada ketika itu kerana dia hanya bayi berusia empat bulan.
Malah dikatakan penjaga Elden juga tidak membenarkannya.
Elden dalam tuntutan samannya mendakwa gambar itu sebenarnya adalah eksploitasi pornografi kanak-kanak. Dia juga mendakwa kumpulan rock itu berjanji untuk menutup kemaluannya dengan pelekat tetapi perkara itu tidak terjadi sehingga album tersebut dikeluarkan.
Elden membuat tuntuan ke atas ahli kumpulan terkenal itu, harta tanah Kurt Cobain dan lain-lain untuk ganti rugi hanya selepas tiga dekad album tersebut diterbitkan.
Baca juga Justin Bieber Berhabis RM5,800 Beli Dadah Dikecam
Lelaki itu juga difahamkan menuntut USD150,000 iaitu bersamaan RM631,500 setiap anggota Nirvana.
TMZ dalam laporannya cuba menghubungi wakil untuk harta tanah Nirvana dan Kurt namun sehingga kini tidak mendapat jawapan berhubung isu tersebut.
Nirvana adalah kumpulan rock Amerika yang ditubuhkan di Aberdeen, Washington pada tahun 1987.
Kumpulan tersebut dianggotai penyanyi dan pemain gitar Kurt Cobain, pemain drum Dave Grohl dan basis Krist Novoselic. Kurt meninggal dunia pada 5 April 1994
'Nevermind' adalah album kedua kumpulan tersebut yang diterbitkan pada tahun 1991 mengandungi lagu-lagu popular iaitu Smells Like Teen Spirit dan Come as You Are.
Ikuti kami di Instagram!
Sumber: TMZ