PENYANYI popular Kanye West menfailkan permohonan di mahkamah untuk menukar namanya kepada Ye.
Memetik laporan Hollywood life, bapa kepada empat orang anak itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu.
Namun, sekitar tahun 2018, West, 44, pernah memberi bayangan akan tindakannya itu menerusi satu ciapan di Twitter.
"Dikenali secara rasminya sebagai Kanya West. Saya ialah YE," kongsi beliau.
Iklan
West yang mendirikan rumah tangga dengan personaliti popular, Kim Kardashian sekitar Mei 2014 dan berpisah sekitar awal tahun ini.
Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan North, 8, Chicago, 3, dan dua anak lelaki Saint, 5, Psalm, 2.
Iklan
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram