Dakwaan berbaur fitnah terhadap keluarga, Sheila Rusly dan Jinggo buat laporan polis

Iklan
SHEILA RUSLY LAPORAN POLIS

"Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga”. Itu kata pelakon dan penerbit, Sheila Rusli yang turut membuat laporan polis berhubung satu artikel yang didakwa berbaur fitnah terhadap keluarganya yang disiarkan di media sosial beberapa hari lalu.

Sheila menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya pada Rabu turut memuat naik foto suaminya, Jinggo atau Azman Yahya bersama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang.

Iklan
Iklan

Menurut Sheila tindakan tersebut akan menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk lebih berhati-berhati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan agar ia tidak menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut di laman Instagramnya itu bersetuju dan menganggap tindakan (laporan polis) Sheila itu sebagai sesuatu yang wajar dilakukan untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Iklan

Terdahulu Sheila pada Selasa, meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan sebuah blog yang menyiarkan kenyataan berbaur fitnah berkenaan dirinya yang didakwa pernah mencadangkan nama pelakon Janna Nick sebagai calon isteri anaknya, Uzair Haqimy, namun ditolak oleh Janna.

Uzair bagaimanapun selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon Elisya Sandha pada Sabtu lalu.

Iklan

Bagaimanapun, blogger terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman media sosial berhubung isu terbabit.