Lan Pet Pet teruja jadi pembantu peguam, 7 bulan berlatih

Iklan
Untitled design (23)

TERKESAN dengan pandemik Covid-19 mendorong pelawak, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet mencari alternatif lain untuk mencari rezeki.

Memahami kehidupan harus diteruskan, Lan memilih beralih kerjaya baharu di kampung halamannya di sini.

Iklan
Iklan

Dan pada Rabu lalu, Lan yang memulakan tugas sebagai pembantu peguam di syarikat guaman, Aswandi Hashim & Co yang mengendalikan kes-kes jenayah di Mahkamah Alor Setar.

Menurut anggota kumpulan Senario itu, dia mengambil masa tujuh bulan semata-mata untuk berlatih dalam selok-belok pekerjaan baharunya itu dengan mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

Iklan

Sepanjang tujuh bulan mengharungi latihan, Lan, 52, memberitahu, dia sudah lulus serta memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman.

"Setiap perjalanan hidup mesti kena ada latihan, saya berlatih paling unik tujuh bulan untuk ambil tahu etika untuk bercakap dengan etika awam dan di dalam mahkamah... (bahkan) etika berpakaian, etika fizikal tubuh badan kita dalam mahkamah juga kadang-kadang saya pun tak tahu, saya rujuk balik kepada orang yang bijaksana,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini pada Rabu.

Iklan

Ini kerana, katanya, dia amat optimis dapat menjiwai watak sedemikian berkat pengalaman bekerja di mahkamah.

"Saya minat nak pegang watak sebagai peguam, saya teringin sangat nak karakter itu sebab selama ini orang selalu nampak saya sebagai Lan Pet Pet yang keloloh, Insya-Allah jika ada tawaran jadi peguam saya boleh buat dengan baik,” ujar anak jati Alor Setar itu lagi.

Sementara itu, peguam Datuk Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Lan telah digunakan sebaik mungkin pelawak terbabit untuk menyesuaikan diri dengan kerjaya barunya.

Menurut Aswandi, beliau dan Lan telah bersahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Selepas mereka bertemu semula Lan memaklumkan padanya bahawa dia meminati bidang perundangan, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya.

Aswandi berkata, firmanya turut terbabit dalam syarikat perundingan yang memberikan latihan kepada orang ramai berhubung isu perundangan dan Lan bertuah kerana dia diberi tanggungjawab sebagai moderator dalam satu kursus yang dijalankan.

"Kita bagi kontrak satu tahun untuk dia belajar mengenai undang-undang pada dia dan dia sudah belajar tujuh bulan daripada awal dan sekarang kita bagi kontrak satu tahun untuk mendalami undang-undang pula, adi boleh dia gunakan untuk watak (dalam lakonannya) pada masa depan,” kata Aswandi lagi.