Wawa Zainal hamil anak keempat, Aeril Zafrel harap dapat cukupkan lima

Iklan
Untitled design (24)

TEKA-teki mengenai kehamilan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal akhirnya terjawab apabila suaminya, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, meluahkan rasa syukur apabila doa mereka untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Ya ALLAH,  doa dimakbulkan, dapat baby nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi.

"Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua,” tulisnya.

Iklan

Dalam hantaran sama, Aeril sempat bergurau mengenai hasratnya untuk mencukupkan lima orang anak dan meminta Wawa ‘tidak tutup kilang’.

"Semoga Wawa sentiasa dalam lindungan-Nya. Terima kasih sayang. Jangan 'tutup kilang' dulu ya," tulisnya.

Iklan

[caption id="attachment_57071" width="1000"] Keluarga bahagia ini bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.[/caption]

Sementara itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin turut berkongsi hantaran Aeril di Instagram Story dan meluahkan rasa syukur.

Wawa, 30, dalam hantaran berasingan turut mengucapkan terima kasih dan berharap

"Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doanya. Wawa doakan sesiapa yang masih ikhtiar hamil, dipermudahkan dan anda pun rasa dapat zuriat sendiri suatu hari nanti,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 20 bulan.