[VIDEO] Ramai ingatkan jatuh basikal, team berbasikal Terengganu bikin netizen tersenyum

Iklan
atlet berbasikal main hujan

PENANGAN wabak Covid-19 membuatkan ramai memendam rasa untuk keluar beriadah di pantai mahupun kawasan air terjun bersama keluarga atau kawan-kawan.

Pun demikian, kebenaran untuk bermandi-manda di kolam awam pun masih belum diberikan kelonggaran gara-gara kes jangkitan yang masih lagi tinggi.

Iklan
Iklan

Jika diberi peluang bermain air, pasti ada antara kita tidak akan dilepaskan saat keemasan tersebut, bukan?

Begitulah gelagat sekumpulan atlet berbasikal yang bagaikan kanak-kanak riang bermain air hujan berjaya dirakam.

Iklan

Video lucu yang dikongsikan salah seorang atlet berbasikal Terengganu, Muhammad Nasrullah Zakaria itu bikin ramai warganet geli hati.

Iklan

Mana tidaknya, pada mulanya netizen panik kerana menyangkakan pasukan atlet berbasikal itu terjatuh ketika hujan semasa membuat latihan di laluan berbukit.

Sekali pandang memang nampak mereka terduduk dengan basikal di sisi, tidak kurang juga kelihatan seorang atlet sedang membuat aksi kuak lentang.

Aduhai, macam-macam hal. Bukan main seronok ya mereka bermain hujan. Barangkali mahu menghilang penat selepas berlatih kot.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Siapa sangka, video yang dikongsikan pemuda berusia 21 tahun itu menerima lebih 376,400 tontonan dan lebih 41,000 tanda suka.

Rata-rata pengguna TikTok meninggalkan komentar lucu.

Antaranya, mereka meramalkan atlet berbasikal bakal pengganti pasukan renang.

Ni kalau kereta atau motosikal lalu, naya Pak Karim. ?

Kalau turun bukit dengan brek tak hidup, terbabas masuk hutan gamaknya.

Tidak kurang juga komentar lucu seperti pengulas berita sukan.

Ramai juga geli hati dengan gelagat penunggang basikal tersebut.

Inilah yang orang sebut berenang-renang di tepian.

Aduhai, barangkali penangan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa, ramai yang rindu untuk berenang.

Apapun, kita harapkan kes jangkitan wabak virus korona ini semakin hari semakin menurun.

Lega juga apabila melihat beberapa posting di media sosial yang menyaksikan jumlah pesakit di pusat kuarantin semakin sedikit, meskipun statistik kes tidak menunjukkan perubahan seperti yang diinginkan.

Pun begitu, kita masih belum menang. Teruskan menjaga penjarakkan sosial, memakai pelitup muka berganda dan patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya. #kitajagakita #kitalaluibersama