BAGI pasangan suami isteri yang bahagia, pastinya senda gurau dapat menceriakan suasana.
Bergurau senda juga boleh meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang di antara keduanya.
Namun lain orang lain caranya. Ada yang suka suka gurau-gurau manja bahkan ada pula yang bergurau kasar.
Menerusi sebuah klip video pemilik TikTok @emaasamsudin_, kelihatan dia sengaja menaikkan cermin kereta sehingga menyebabkan kepala suaminya tersepit.
Malah, wanita itu juga ketawa melihat reaksi suaminya itu yang mencuba mengeluarkan kepalanya sehingga merayu sambil memberikan mini love buat si isteri.
Pada akhir video, wanita tersebut menurunkan cermin kereta dan suaminya dilihat memegang dagu mungkin bagi menghilangkan rasa lenguh.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Video yang berkapsyen"tak lengkap rasa kalau tak menyakat suami" itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan dan lebih 35,000 tanda suka.
Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi.
Aduhai macam-macam ya! Namun ingat, dalam bergurau senda jangan dilupa adab dan batasannya.
Ini kerana bergurau tanpa adab, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan, pasangan kecil hati, mengakibatkan salah paham dan cenderung mendapat kecederaan jika bergurau secara berlebihan.