Mesin basuh kotor, pakaian jadi hapak. Ini cara DIY bersihkan dua bulan sekali

Iklan
mesin basuh

MESIN basuh merupakan peralatan penting dalam kehidupan moden masa kini.

Peranti ini dapat memudahkan kerja mencuci pakaian seharian serta menjimatkan masa.

Iklan
Iklan

Penggunaan mesin basuh dalam tempoh lama dan terlalu kerap akan mengumpul segala daki, habuk, lumpur dan lain-lain kotoran daripada pakaian yang dicuci pada bahagian dalaman mesin basuh.

Iklan

Lama-kelamaan kotoran yang tersimpan akan melekat pada baju yang dicuci.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Kaedah mencuci mesin basuh – Secara DIY (Do it yourself)

1. Baking soda & cuka

2. Serbuk pencuci khas mesin basuh

Caranya (untuk mesin automatik);

1. Tekan ON

2. Pilih dan tekan program SOAK atau TUBE CLEANING. Kemudian, tekan START.

3. Apabila mesin sudah mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan cuka dan soda bikarbonat atau serbuk pencuci khas mesin basuh.

4. Sukatan cuka dan soda bikarbonat itu boleh agak-agak sahaja. Memadai dengan memasukkan suku cawan cuka dan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat.

5. Selepas itu, tutup bahagian atas mesin basuh dan biarkan sehingga proses itu selesai.

Seelok-eloknya lakukan dua bulan sekali agar mesin basuh kita dapat berfungsi seoptimum mungkin.

Semoga bermanfaat!

Sumber: hairulvcool