[VIDEO] Positif Covid-19, tolong doakan kami - Aishah

Iklan
AISHAH

PENYANYI terkenal, Aishah mengesahkan dirinya kini dijangkiti virus Covid-19 selepas ujian calitan dilakukan terhadap dirinya.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Positif Covid. Tolong doakan kami,” ujarnya ringkas tanpa mengulas lebih lanjut.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi Janji Manismu itu telah memuat naik video pendek yang menyaksikan dia sedang menjalani ujian calitan Covid-19 yang dilakukan di rumahnya.

Iklan

Berdasarkan video tersebut, Aishah, 56, kelihatan agak lemah dan tidak bermaya ketika menjalani ujian itu.

Dalam perkembangan terbaru, bekas juara Gegar Vaganza musim keempat itu memaklumkan dia kini telah dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

"Adventure naik ambulance dengan siren ke Hospital Ampang. Doakan please." ujarnya menerusi satu kemas kini terbaru di Instagramnya pada malam Isnin.

Perkhabaran duka itu tentunya menarik perhatian para pengikut dan rakan-rakannya di Instagram. Rata-ratanya memanjatkan doa dan menitipkan kata-kata semangat buat Aishah agar dipermudahkan urusan rawatan dan segera sembuh daripada jangkitan virus tersebut.