Anak Merdeka! Issey timang cahaya mata pertama

Iklan
ISSEY FAZLISHAM

PELAWAK dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham selamat menimang cahaya mata apabila isterinya, Noor Aimi Jamel melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa.

Menariknya, cahaya mata yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar jam 1.48 tengahari itu merupakan bayi merdeka apabila lahir pada hari sambutan kemerdekaan negara yang ke-64.

Iklan
Iklan

Menyifatkan ia sebagai kegembiraan berganda, Issey, 34, mengakui teruja menyambut kehadiran cahaya mata sulung, hasil perkongsian hidupnya dengan isteri lebih dua tahun lalu.

"31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

Iklan

"Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara.

"Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya.

Iklan

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Terdahulu, Aimi merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak, hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.