BARU-BARU ini, penyanyi terkenal, Aishah mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 selepas ujian calitan dilakukan terhadap dirinya.
Terbaharu, penyanyi Janji Manismu itu berdepan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika, hari ini.
Bagaimanapun, selepas dia ke tandas dan kembali ke katil, oksigennya turun dengan mengejut.
Bekas juara Gegar Vaganza musim keempat yang berusia 56 tahun itu turut berasa bimbang tatkala melihat ada pesakit lain dibawa ke wad khas untuk ditidurkan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan warga maya memanjatkan doa dan menitipkan kata-kata semangat buat Aishah agar dipermudahkan urusan rawatan dan segera sembuh daripada jangkitan virus tersebut.
Terdahulu, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta kemudia dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus pada Isnin lalu.