HAMIZAH BASIR
DENGAN peningkatan kes-kes Covid-19 baru dan kesukaran untuk bergerak di tempat awam, pemilikan mesin kopi di kediaman sendiri atau di pejabat merupakan pembelian yang paling berbaloi pada masa sekarang. Bukan sahaja ia mengurangkan kekhuatiran untuk patuhan jarakan sosial, penikmatan kopi pun tiada had waktunya.
De’Longhi, satu jenama yang tidak asing dalam dunia kopi, ia juga merupakan jenama mesin kopi yang terlaris di dunia pada tahun 2020. Mesin-mesin kopi yang dikeluarkan oleh De’Longhi mempunyai teknologi-teknologi yang terkini dan unik membolehkan kopi standard kafe boleh dihasilkan dengan hanya satu sentuhan. Dari bijian kopi segar hingga ke dalam cawan dalam masa sesingkat 30 saat*.
*tertakluk kepada pilihan jenis minuman kopi yang dipilih oleh pengguna.
Fungsi satu-sentuhan ini merangkumi resipi-resipi yang paling digemari oleh peminat-peminat kopi, seperti espresso, cappuccino, latte macchiato, cafe latte, dan americano. Kebanyakan model-model automatik ni juga menawarkan pelbagai tahap suhu membancuh, tahap aroma kopi dan kehalusan biji kopi yang dikisar untuk memenuhi permintaan pengguna-pengguna yang berlainan ataupun untuk penyesuaian bagi jenis biji kopi yang berlainan.
Selain daripada menawarkan resipi-resipi minuman kopi dan bukan kopi sehingga 22 jenis, mesin-mesin kopi De’Longhi juga direka untuk senang dipasang dan penyelenggaraan mesin boleh dibuat oleh pengguna sendiri.
Pembuat kopi untuk setiap pejabat, rumah dan peminat kopi
Diantara jenama-jenama pembuat kopi, De’Longhi mempunyai penawaran produk-produk kopi yang paling luas sekali. Daripada mesin kopi penapis, pembancuh kopi moka, ceret pour-over, mesin espresso separa automatik, mesin kopi automatik, biji kopi segar dan aksesori kopi seperti, cawan-cawan kopi dalam pelbagai saiz dan bentuk, pembuih susu, penghentak kopi dan sebagainya. Tawaran luas dan mendalam ini menyempurnakan pengalaman pengguna dengan sepenuhnya.
Semua produk elektrik De’Longhi juga melepasi pengujian keselamatan dan mempunyai pensijilan dari SIRIM Malaysia untuk memastikan spesifikasi setiap produk yang dibawa masuk adalah selamat digunakan.
Dengan bangganya, selebriti terkenal Hollywood, Brad Pitt telah dilantik menjadi wajah kepada jenama Itali terkenal ini bermula 2 September 2021. Aktor kacak ini dipilih sebagai duta kerana personaliti dia yang mengejar kesempurnaan dalam kerjayanya amatlah serupa dimana De’Longhi mengejar kesempurnaan dalam proses penciptaan produk-produknya supaya semua pengguna produk De’Longhi dapat mengalami pengalaman penggunaan yang baik sekali.
Diantara semua mesin-mesin kopi De’Longhi, Brad Pitt telah memilih Dinamica Plus sebagai model kegemarannya. Model ni tidak sahaja memberi fungsi membancuh kopi dengan satu sentuhan dan 15 resipi pratetap, ia juga mempunyai teknologi Bluetooth yang membolehkan cara membancuh minuman kopi kegemarannya disimpan di dalam memori mesin kopi, dan beliau juga boleh mengawal mesin ini melalui aplikasi De’Longhi dalam telefon bimbitnya.
Jikalau anda sedang mencarikan satu mesin kopi untuk memenuhi pengidaman nikmati kopi atau hendak membelajari cara barista membancuh kopi, pastinya salah satu mesin kopi De’Longhi akan memberi pengalaman yang amat baik dan menggembirakan kepada anda.
Buat peminat kopi, anda boleh membuat pembelian mesin kopi di sini https://shop.delonghi.com/dl_my/ dan sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi www.delonghiperfetto.com
De’Longhi, kesempurnaan dari bijian kopi hingga ke cawan.