APLIKASI MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tambah baik itu bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan mereka.
Ia termasuklah paparan tahap risiko dan status vaksinasi.
Dalam satu ciri baru dalam aplikasi itu ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambaik baik proses pengesanan kontak.
"Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Katanya lanjut, sebaik sahaja pengguna meninggalkan sesuatu tempat, pengguna perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar.
Yang menariknya, tiada imbasan diperlukan, namun pengguna hanya perlu menekan satu butang.
MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan wabak Covid-19 di negara ini.