BERMACAM-MACAM ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
Ada kisah melucukan, tak kurang juga yang mengharukan.
Namun kali ini lain pula kejadiaannya di PPV Dewan Meranti 2, Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.
Dewan tersebut menjadi gamat apabila munculnya 'pocong' yang hadir untuk mendapatkan dos vaksin.
Bukan itu sahaja, dia juga kelihatan bersungguh-sungguh melompat-lompat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.
Menerusi video tersebut, pocong berkenaan pada mulanya dibawa dengan kerusi roda yang ditolak anggota Rela yang disangka orang kurang upaya (OKU).
Aksinya itu telah mengejutkan dan menarik perhatian orang ramai di sekeliling dewan malah, dia juga kelihatan gigih melompat semasa menaiki tangga.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya turut terhibur melihat video tersebut.
Aduhai, macam-macam ragam! Apapun, bagi yang belum mendapat giliran slot janji temu diharapkan bersabar ya. #staysafe.