Bosan menu ayam goreng biasa? Cuba resipi sedap ini tanpa serbuk kunyit

Iklan
Bosan menu ayam goreng biasa? Cuba resipi sedap ini tanpa serbuk kunyit

AYAM goreng merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia.

Bukan sahaja digemari anak-anak, malah golongan dewasa pun boleh berebut dibuatnya.

Iklan
Iklan

Namun penggunaan serbuk kunyit bersama garam itu kadang-kadang boleh mendatangkan bosan juga kan?

Iklan

Apa kata kita cuba resipi ayam goreng sedap ini tanpa menggunakan serbuk kunyit.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Bahan-bahannya;

  • Ayam - potong kecil dan bersihkan
  • 5-6 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 5 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
  • 2 inci halia - tumbuk halus
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat. Kemudian masukkan garam dan serbuk cili. Gaul rata.

2. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk hingga rata. Perap selama 10 minit.

Cuba juga Koleh kacang sedap kerana tahi minyaknya, kena cuba ni

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing serta ayam masak sepenuhnya.

4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mleisya Scaft