‘Hadiah yang paling bermakna…’ – Harris Alif sambut ulang tahun ke-22, peminat pula ucap tahniah

Iklan
Untitled design (55)

SEMALAM, pengacara, pelakon dan penyanyi, Harris Alif telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Suami kepada pelakon Intan Ladyana itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Iklan
Iklan

"Hadiah yang paling bermakna. Terima kasih semua atas ucapan dan ingatan. Semoga Allah balas jasa baik semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas beserta gambarnya bersama Intan.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, ramai pengikut Instagram Haris mengucapkan tahniah kepadanya.

Iklan

Rata-rata mereka seolah meneka Harris dan Intan kini sedang menanti kelahiran orang baharu dalam keluarga kecil mereka.

Iklan

Bagaimanapun setakat ini, baik Harris mahupun Intan, kedua-duanya dilihat belum bersedia mengiya atau menafikan khabar mengenai kehamilan Intan.

Harris juga dalam temu bual bersama media sebelum ini memberitahu akan berkongsi khabar gembira itu bila tiba masanya.