50 kajian meliputi 2.5 juta wanita hamil di dunia yang diberi vaksin tidak rekodkan kecacatan pada bayi

Iklan
IBU HAMIL (1)

ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

Bersama

Iklan
Iklan

DR NURUL YAQEEN MOHD ESA

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Iklan

SOALAN 2

Iklan

DOKTOR, jika diamati, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes kematian yang melibatkan ibu berbadan dua. Jadi, apakah risiko wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 tetapi masih belum divaksin?

Pada masa sama, bagaimana pula dengan risiko bagi ibu mengandung yang sudah mendapat vaksin tetapi tetap positif Covid-19 terutamanya pada trimester kedua dan ketiga?

JAWAPAN: Menurut data rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hingga 11 Ogos lalu, 70 kes kematian ibu hamil telah direkodkan.

Sebenarnya, ketika keadaan pandemik Covid-19 melanda, wanita sangat tidak digalakkan untuk hamil kerana kehamilan itu merupakan satu risiko untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya diizinkan ALLAH untuk hamil, ia adalah satu anugerah dan rezeki yang perlu diuruskan dengan sehabis baik.

Terdapat banyak kajian mengenai wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 dan masih belum menerima suntikan vaksin.

Dalam satu kajian melibatkan 10,000 wanita hamil yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), mereka mendapati kebarangkalian untuk mereka dijangkiti adalah lebih tinggi dan serius.

Keadaan itu lebih berisiko jika wanita berdepan dengan dua masalah ini iaitu:

  • Ibu hamil berusia lebih daripada 30 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai masalah perubatan seperti asma, kencing manis dan darah tinggi.

Jadi, suka untuk saya ingatkan lagi sekali, risiko untuk dijangkiti lebih tinggi berbanding wanita yang telah menerima suntikan vaksin.

Pada masa sama, terdapat juga kajian yang dilakukan mendapati kebanyakan wanita hamil mendapat jangkitan Covid-19 pada trimester kedua dan ketiga.

Jarang sekali mereka mendapat jangkitan wabak itu pada trimester pertama. Tiada kecacatan Dalam pada itu, sebanyak 50 kajian yang melibatkan 2.5 juta wanita hamil yang telah diberikan vaksin tidak merekodkan sebarang kecacatan pada bayi yang dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ibu hamil tersebut juga berjaya meneruskan proses kelahiran dengan lancar dan selamat tanpa mengalami sebarang komplikasi. Ia dibuktikan dalam satu lagi penyelidikan melibatkan 130,000 ibu hamil yang diberikan vaksin di AS.

Artikel berkaitan: Ibu yang dijangkiti virus Covid-19 tanpa vaksin berisiko lahirkan bayi 'bermasalah'. Ini penjelasan pakar

Selain itu, Jurnal Perubatan New England juga melaporkan mengenai situasi 857 kes wanita hamil yang telah mendapatkan vaksin.

Sebanyak 11 peratus daripada mereka mengalami keguguran, manakala 87 peratus ibu hamil tersebut berjaya melahirkan bayi yang sihat dan berjaya melalui proses kelahiran dengan selamat.

[caption id="attachment_57872" width="1024"] IMBAS kod QR ini untuk menonton video secara penuh.[/caption]

Jangan lupa follow kami di Instagram!