'Sekurang-kurangnya bagilah kes turun dulu'- Respon ibu bapa sekolah dibuka 3 Oktober

Iklan
Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2

PEMBUKAAN sekolah pada awal Oktober ini menjadi kegusaran kepada ibu bapa.

Ada yang bersetuju malah sesetengahnya masih risau memandangan kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan masih tinggi.

Iklan
Iklan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementerian sedang menjalankan kajian dan penelitian yang akan menyaksikan Labuan menjadi wilayah pertama untuk pembukaan sekolah.

Iklan

Menurutnya, langkah itu dipertimbangkan susulan peralihan Labuan memasuki ke Fasa 4 dan berdasarkan PPN, hampir keseluruhan sektor ekonomi dan sosial secara umumnya dibenarkan beroperasi.

Pihak kementerian akan mengambil kira semua aspek dan pembukaan sekolah akan dijalankan mengikut Fasa.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan bersama guru besar dan pengetua sekolah di Labuan, pagi tadi.

Terdahulu, pada Jumaat, Dr Radzi mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi juga berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan dan dalam masa sama, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.

Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ketika ini adalah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Meninjau ke media sosial, rata-rata ibu bapa tidak bersetuju dan mencadangkan pembukaan dilaksanakan apabila kes menurun di bawah 5,000.