Fazura terima hadiah istimewa dari Tengku Permaisuri Selangor

Iklan
Untitled design (58)

PELAKON dan penyanyi, Nur Fazura berkongsi keterujaannya apabila menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian yang dibuat melalaui Insta Story Instagram miliknya, Fazura menerima hadiah beberapa keping syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.

Iklan
Iklan

"Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin. Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.

"Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.

Iklan

[caption id="attachment_58018" width="800"] Perkongsian yang dibuat Fazura menerusi Insta Story miliknya.[/caption]

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi ucapan Tengku Permaisuri menerusi kad yang dikirim.

Iklan

"Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.