Isu jam Rolex: Siti Kassim minta maaf, Menteri Agama doakan diberi kesihatan baik

Iklan
Gambar hiasan (16)

BEBERAPA hari lalu, jam yang dipakai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad telah disangka sebagai jam mewah berjenama Rolex.

Semalam, peguam Siti Zabedah Kassim atau dikenali sebagai Siti Kassim telah membuat permohonan maaf kepada Idris susulan insiden tersebut.

Iklan
Iklan

"Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti Kassim menerusi akaun Twitter.

Iklan

Siti membalas ciapan daripada akaun Twitter milik Idris yang memaklumkan jam dipakai adalah jenama Buruj yang telah lama digunakannya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

"Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj),” jelas Idris.

Iklan

Idris dalam ciapan terbarunya menyatakan respons kepada Siti Kassim.

"Insya-ALLAH saya maafkan. Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid-19,” tulis Idris.

Terdahulu, tular menerusi tangkap layar daripada Twitter peguam itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangandipakai Idris.

Ia melibatkan sekeping foto yang memaparkan menteri berkenaan menadah tangan berdoa dan menampakkan jam dipakai.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Twitter ustaz_idris, sitikassim