[VIDEO]Semangat! Meskipun teruk dikecam, Skuad Jerung Merah tak hirau kata orang

Iklan
02

TREND semasa hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat gemar menggunakan aplikasi popular yang dikenali sebagai TikTok untuk berhibur.

TikTok dilihat telah berjaya menarik perhatian ramai dengan penghasilan video pendek dengan pelbagai fungsi penyuntingan yang mudah.

Iklan
Iklan

Maka ramai dalam kalangan pengguna yang sentiasa ingin dilihat ‘up to date’, akan sentiasa menghasilkan video-video cabaran di aplikasi tersebut.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun lain pula dengan sekumpulan anak muda yang menggelarkan mereka sebagai Skuad Jerung Merah.

Iklan

Apa yang menariknya, menerusi perkongsian video di akaun @Sofiaa Marieylla, mereka dilihat sentiasa menyuntik semangat ahli untuk terus bangkit mencipta kejayaan walaupun kelihatan masih di usia remaja.

Hasil penelitian penulis, banyak video mereka mendapat tontonan tinggi, namun tidak kurang juga pelbagai kecaman yang diberikan oleh warganet terhadap Skuad Jerung Merah.

Tetapi mereka kelihatan terus cekal meskipun teruk dikecam. Semangat yang ditunjukkan juga berkobar-kobar dan tidak menghiraukan apa kata netizen terhadap mereka.

Tidak dapat dinafikan, video tujuh gadis Pantai Timur tersebut kebanyakannya lucu dan menghiburkan!

Selamat mencipta kejayaan anak muda!