Myvi kuning hancur, pemandu selamat. 5 kenderaan dirempuh lori laju positif dadah

Iklan
Myvi kuning hancur, pemandu selamat. 5 kenderaan dirempuh lori laju positif dadah

SEMALAM tular di laman sosial sebuah video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 55 saat memaparkan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menerusi video itu, kira-kira lima buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata siasatan awal mendapati lori itu dari Jalan Duta menghala ke Sentul dan pemandu terbabit positif dadah.

Iklan

Katanya, nahas itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun cedera ringan dan ditempatkan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Iklan

Kata Sarifudin, pemeriksaan mendapati, lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu lori, namun disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin hasil ujian saringan air kencing

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, SinarPlus ingin mengimbau kembali kemalangan yang melibatkan individu positif dadah;

1. Dua das tembakan terpaksa dilepaskan untuk menghentikan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki selepas cuba melanggar anggota polis ketika diperiksa di Beaufort, Sabah pada 15 Julai lalu. Dalam kejadian di kawasan kebun getah, Batu Abai, Kuala Penyu itu, lelaki berusia 57 tahun yang memandu Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki itu tiba-tiba bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya dan cuba melanggar anggota polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kereta suspek. Suspek dalam keadaan mabuk dan lalok dadah terpaksa menghentikan kenderaan dan cuba melarikan diri. Namun suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis dan soal siasat mendapati suspek mengaku ketakutan ketika diminta berhenti kerana baru saja mengambil syabu dan berada dalam keadaan mabuk.

3. Pemandu Myvi rempuh dua kereta positif dadah di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, Johor pada 10 Oktober 2020. Pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi. Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga [VIDEO]Semangat! Meskipun teruk dikecam, Skuad Jerung Merah tak hirau kata orang

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Justeru, pihak yang berkuasa perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan kehilangan banyak lagi nyawa akibat menjadi mangsa rempuhan individu di bawah pengaruh dadah.