DENGAN trademark"Bismillah" di setiap permulaan video, seorang lelaki bernama @Hamdam Mubarak ini pastinya telah dikenali ramai warga TikTok.
Perkongsian pelbagai resipi menu masakan dalam bentuk penyampaian yang mudah difahami dan persekitaran bersih serta lagu yang bersesuaian pada setiap videonya amat menarik perhatian ramai.
Menerusi pemerhatian penulis, video masakan Hamdan kebanyakannya menembusi jutaan tontonan di aplikasi terkenal itu.
Seperti satu resipi ini, kentang rangup bakar yang dikatakan rugi jika tidak mencubanya.
Rata-rata warga maya teruja dengan menu mudah tersebut dan ada antaranya yang sudah mencuba.
Resipi:
Bahan-bahan;
1. Kentang saiz kecil
2. Garam
3. Serbuk lada hitam
4. Serbuk cili
5. Serbuk bawang putih
6. Daun Rosemary
7. Minyak masak
8. Keju
Cara membuatnya;
Bakar dengan suhu 200 darjah celcius sehingga garing dan kemudian taburkan keju.
Selamat mencuba!