SEMALAM heboh di laman sosial sebuah video berdurasi 2 minit 50 saat yang memaparkan dua wanita dan beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan menyelongkar timbunan sampah.
Rupa-rupanya mereka sedang mencari emas yang 'terbuang' bersama sampah di depoh syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) di Sik, Kedah.
Katanya, proses mencari barangan kemas itu bermula pada pukul 8 pagi dan ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian.
Alhamdulillah, kesemua barangan kemas tersebut masih tersimpan dalam kotak hijau yang ditemui itu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Justeru, hari ini syarikat E-Idaman menzahirkan kebanggaan dengan kakitangannya yang prihatin.
Selain itu, kata kenyataan itu, kejadian seumpama itu sering berlaku.
Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya turut memuji tindakan pekerja pembersihan tersebut kerana sudi membantu wanita itu mencari kotak emasnya yang hilang dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai rezeki buat mak cik berkenaan.