Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022

Iklan
Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022

UMUM maklum, kini aplikasi TikTok semakin dikenali ramai sebagai platform perkongsian video popular yang membolehkan pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik turut dikongsi warganya yang kreatif yang sudah tentu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Iklan
Iklan

Terbaharu, warga TikTok dikejutkan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila beliau secara rasmi memiliki akaun media sosial itu pada 24 Ogos lalu.

Iklan

Selain itu, Tengku Zafrul turut mengajak orang ramai menyumbangkan idea bagi perbentangan Bajet 2022.

Iklan

Menerusi hantaran terbaharu, beliau mengajak anak muda sama-sama menyumbangkan idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada 29 Oktober ini.

Tambah beliau, selain TikTok, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi idea menerusi portal Kementerian Kewangan.

Setakat ini, Tengku Zafrul kini sudah memiliki hampir 130,000 pengikut di TikTok.