[VIDEO]'Salute! Sungguh mulia hatinya'- Cara abang rider beri makan anjing curi perhatian

Iklan
'Salute! Sungguh mulia hatinya'- Cara abang rider beri makan anjing curi perhatian

"MULIANYA hatimu wahai abang rider!" Itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan kepada seorang lelaki penghantar makanan memberi layanan baik terhadap seekor anjing.

Bukankah semua makhluk ALLAH di muka bumi ini harus dilindungi, disayangi dan dihormati bukannya dizalimi tanpa belas kasihan.

Iklan
Iklan

Menerusi video tersebut, kisahnya terjadi apabila tuan kepada anjing itu terlupa untuk memberi makan.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Selepas itu, pemilik anjing tersebut menghubungi penghantar makanan terbabit untuk menghantar makanan di depan pagar rumahnya.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menemani haiwan peliharaan itu menikmati makanan sehingga habis dan membuang sampah ke dalam tong berhampiran.

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warganet memuji usaha lelaki tersebut melayani anjing berkenaan.