3 perkara perlu dijauhkan daripada anak kecil berumur 4 hingga 6 tahun. Ini alasan kukuh mengapa tindakan itu relevan dilakukan

Iklan
kanak-kanak

PERKEMBANGAN fizikal dan emosi kanak-kanak sememangnya perkara yang sangat penting.

Setiap kemahiran dan pencerapan teknik komunikasi serta pembentukan salasiah mereka diukur bergantung kepada umur si manja.

Iklan
Iklan

Begitu juga dengan perkembangan otak anak-anak. Setiap peringkat umur mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

Menurut laman web healthline.com, otak manusia (dewasa) akan lengkap dan 'siap' pada umur 25 tahun tau!

Iklan

Jadi, bagaimana pula dengan otak kanak-kanak?

Baru-baru ini, perkara itu didedahkan oleh Penulis buku keibubapaan, Dr Taufiq Razif menerusi Facebooknya.

Iklan

[caption id="attachment_58369" width="800"] Dr Taufiq.[/caption]

Berikut perincian perkembangan otak bagi anak kecil yang sedang membesar:

i) Bayi baru lahir - 26 peratus.

ii) 1 tahun - 67 peratus.

iii) 2 tahun - 77 peratus.

iv) 3 tahun - 88 peratus.

v) 4 hingga 6 tahun - 91 peratus.

"Jadi, jika diteliti, 91 peratus perkembangan otak anak berlaku pada umur mereka 4 hingga 6 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ekoran situasi itu, terdapat tiga perkara yang perlu dijauhkan daripada anak kecil yang sedang melalui perkembangan otak yang optimum menurut beliau:

1. Makanan ringan atau jajan kerana ia tinggi kalori dan tidak mempunyai sebarang nilai nutrisi.

Kesannya: Boleh menjejaskan darjah kecerdasan otak (intelligence quotient) anak dan menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik dan obesiti.

2. Selalu pukul dan cubit anak.

Kesannya: Otak bahagian emosi anak akan sangat aktif sehingga menyebabkan mereka mungkin menjadi semakin agresif dan sangat sukar mengawal emosi diri.

3. Selalu abaikan anak.

Kesannya: Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan akan terbentuk lebih kecil berbanding otak anak yang normal.

[caption id="attachment_41311" width="1024"] SEBAGAI ibu bapa, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak dengan sebaiknya dan jangan menyakiti mereka walaupun anak nakal.[/caption]

Oleh itu, SinarPlus ingin ingatkan kepada ibu bapa di luar sana, sebaik-baiknya cubalah elak perkara-perkara tersebut jika mempunyai anak kecil terutamanya dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!