[VIDEO] Untung bakal isteri, lelaki sedia rumah cantik 11 hari menjelang nikah

Iklan
5

PENUH ciri estetik, ambiens tenang dan mempesonakan, rumah dihias bagaikan foto di laman Pinterest.

Video perkongsian seorang lelaki tentang persediaan menyambut kehadiran bakal isterinya meraih perhatian wargamaya.

Iklan
Iklan

Pengguna TikTok dikenali sebagai Iman berkongsi video-video yang bagaimana dia menyusun atur, mengecat dan melakukan DIY pada ruang kediamannya.

Iklan

Baca juga "Benda Boleh Jimat Kenapa Beli Mahal.” Rumah Flat Persis Apartmen Mewah, Wanita Kongsi Tip Deko Bajet

Katanya, kurang dari 12 hari sebelum bergelar seorang suami, Iman tidak mahu perihal kediaman diketahui bakal isteri kerana ingin memberikan kejutan.

Iklan

"12 hari lagi kehadiran bakal isteri , jangan sampai FYP nanti dia tahu aku conteng rumah,” kongsinya.

Menjelang tarikh perkahwinan yang semakin hampir, Iman berkongsi video bahagian dalam rumahnya yang memaparkan ruang tamu, dapur dan ruang makan.

Malah perkakas rumah seperti televisyen, peti sejuk, penapis air dan perabot sudah tersedia buat bakal permaisuri hati.

Baca juga [VIDEO] Murah Selalunya 'Seram', Bermasalah. Hati-Hati Beli Rumah Lelong

"11 hari lagi menanti kehadiran bakal isteri.

"Terima kasih semua kerana menyimpan rahsia semua ini untuk dia,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Wargamaya teruja dengan paparan video dan kegigihan pemuda itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menganggap bakal isterinya sangat bertuah kerana mempunyai bakal suami yang bertanggungjawab dan kreatif.

Nah, siapa kata lelaki tidak pandai hias rumah? Lihat sahaja sentuhan pemuda ini. Semoga ia menjadi inspirasi buat bakal raja sehari yang lain.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: TikTok @iman5353