Shiha Zikir sertai ERA FM, Tan Bong Heong jadi tarikan baharu

Iklan
Untitled design

PENYANYI berbakat besar, Shiha Zikir secara rasminya menyertai keluarga besar stesen radio ERA FM dan mengendalikan segmen Petang ERA bermula 6 September lalu.

Bergandingan bersama Radin dan Danial, peminat boleh mendengar celoteh dan telatah Shiha setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 4 petang hingga 8 malam dengan pilihan lagu yang santai serta pengisian yang menarik.

Iklan
Iklan

Selain itu, peminat ERA boleh berhibur dengan pengisian baharu di JoHaRa Pagi ERA iaitu ‘Jangan Ganjiong Maa Mr. Tan kan Ada’, di mana Johan, Haniff dan Ray menjemput Tan Bong Heong, bekas pemain badminton profesional negara untuk berinteraksi dan menjawab persoalan-persoalan daripada peminat.

Peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima jawapan daripada Mr. Tan (Tan Bong Heong)  pada setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di ERA, layari era.je atau ikuti ERA di platform media sosial.