BERITA gembira buat kaki melancong! Kini kerajaan telah membenarkan orang ramai mengunjungi Pulau Langkawi dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun boleh dikunjungi, namun, pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu untuk melancong ke Langkawi.
Selain itu, Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan Covid-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau tersebut.
Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi:
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.
ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);
xi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh! Namun jangan lupa sentiasa amalkan langkah pencegahan Covid-19 seperti sentiasa memakai pelitup muka, hand sanitizer dan jaga penjarakan sosial. Ingat kita masih belum menang.