FABER-Castell Malaysia baru-baru ini melancarkan Fast Gel Z iaitu pen gel yang memberi pengalaman penulisan sempurna dan paling lancar.
Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled yang dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan rendah.
Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, teknologi mata pen baharu itu juga antara lain turut dapat mengurangkan geseran antara kertas dan pen.
"Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar, dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya ketika menulis untuk jangka waktu yang lama.
Berikut ciri-ciri menarik Pen Fast Gel Z:
- Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan.
- Dakwat cepat kering dan tidak comot.
- Dakwat yang pekat dan terang.
- Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis.
- Boleh diisi semula.
Pembelian boleh dibuat di kedai alat tulis dan pasar raya atau melalui https://shop.faber-castell.com.my/.