“We are here for you “ - KJ

Iklan
4

SEHINGGA Julai 2021, sejumlah 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia berbanding 262 pada tahun 2020.

Peningkatan kes tersebut amat membimbangkan. Tambahan pula situasi penularan wabak Covid-19 yang sudah lebih setahun melanda negara kita.

Iklan
Iklan

Kesihatan mental yang terjejas secara tidak langsung akan meningkatkan kes berkaitan insiden menyedihkan itu.

Iklan

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (WSPD) 2021, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar menyuarakan kebimbangan berkaitan isu bunuh diri.

Menerusi laman sosial Twitter, beliau berpesan mereka yang sedang bergelut kesihatan mental tidak keseorangan.

Iklan

Katanya, mereka yang berhadapan gangguan emosi perlu mendapatkan bantuan segera.

"Kepada individu yang sedang bertarung dengan kemurungan, keresahan, anda tidak keseorangan.

"Jangan anggap anda keseorangan, walaupun anda disaat paling gelap.

"Bantuan tersedia. Harap anda dapat mengatasinya dan kami sedia membantu anda," katanya.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, beliau juga turut berkongsi dua talian yang boleh dihubungi bagi mereka yang berdepan gangguan emosi dan memiliki hasrat bunuh diri iaitu Talian Kasih (15999) dan Befrienders (03-76272929).

Baca juga Tekanan Hidup Akibat PKP Cetus Pelbagai Penyakit, Bunuh Diri

Rata-rata wargamaya menyambut baik perkongsian Khairy berhubung perkara itu. Semua lapisan dalam masyarakat perlu berganding bahu untuk mencegah.

Sesungguhnya menamatkan riwayat hidup sendiri bukanlah menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Justeru, setiap daripada kita boleh memainkan peranan dengan mengambil tahu situasi keluarga dan rakan masing-masing.

Sumber: Twitter @khairykj

Foto: Pexels