'Saya tidak membenci atau memulaukan mana-mana pelakon...' - Jinggo Yahya

Iklan
Untitled design (1)

KEPUTUSAN kerajaan mem­benarkan indus­tri kreatif kembali beroperasi di negeri-negeri fa­sa satu Pelan Pemuli­han Negara (PPN) ber­mula Khamis men­dapat respons posi­tif.

Rata-rata syarikat produksi kembali me­ngatur operasi dan menyusun jadual peng­gambaran yang tertangguh sejak Mei lalu berikutan kera­jaan mengumumkan Perintah Kawalan Per­ge­rakan (PKP) 3.0.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, terdapat berita mengenai selebriti yang menolak untuk mengambil vaksin tetapi mendapat peluang kembali berlakon.

Cerita itu menarik perhatian ramai pelakon dan pengarah kerana prosedur operasi standard (SOP) Majlis Kese­lamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menetapkan hanya individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan kembali bekerja.

Iklan

Antara penggiat seni yang lantang bersuara mengenai perkara tersebut ialah pengarah hebat, Azman Yahya, 55, atau lebih dikenali sebagai Jinggo.

Menurut Jinggo, setiap penggiat industri seni yang ingin kembali bekerja perlu mematuhi syarat ditetapkan bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

Iklan

"Sudah lama orang industri merayu untuk diberi peluang kembali bekerja. Ramai yang terjejas apabila industri kreatif tidak dapat beroperasi seperti biasa.

"Jadi, apabila diberikan peluang, kita perlu guna dan hargai sebaiknya.

"Kalau kita langgar SOP, tak mustahil kerajaan akan tarik semula keputusan itu,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambah Jinggo, dia tidak pernah membenci jauh sekali memusuhi individu yang menolak vaksin.

Bagaimanapun, berbalik kepada soal kerja, suami kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly itu memilih untuk mematuhi peraturan ditetapkan untuk tidak mengambil pelakon yang belum lengkap dua dos vaksin.

"Saya tidak membenci atau memulaukan mana-mana pelakon yang belum mengambil vaksin. Belum ada akta yang mewajibkan rakyat Malaysia mengambil vaksin, jadi kita tak boleh paksa dia ambil vaksin.

"Sebagaimana mereka tidak mahu kita memaksa mereka mengambil vaksin, mereka juga tak boleh paksa kita (penerbit dan pengarah) untuk mengambil mereka berlakon.

"Cuma yang saya marah apabila ada produksi yang sewenang-wenangnya melanggar SOP ditetapkan.

Cegah penularan

Jinggo berkata, beliau faham situasi mereka, lebih-lebih kalau penggambaran itu sudah dimulakan sebelum ini dan tertangguh, tetapi mereka perlu fikirkan jalan penyelesaian terbaik.

"Tak naklah disebabkan seorang, kerajaan tarik semula kebenaran sedangkan ramai yang terjejas teruk kerana tidak dapat bekerja,” jelasnya.

Menurut pengarah drama Penjara Janji itu, menerusi beberapa perkongsian sebelum ini, dia sudah menjelas­kan ba­hawa vaksin akan mengurang­kan ris­i­ko jangkitan, namun individu itu tetap boleh dijangkiti.

"Saya tak pernah kata kalau vaksin, maksudnya kita tidak dijangkiti. Kita boleh dijangkiti tetapi kita mengurangkan risiko pada diri sendiri dan orang lain.

"Bayangkan kalau ada yang tak divaksin, kemudian positif, dia bukan hanya merisikokan dirinya tetapi memberi risiko kepada orang lain.

"Malah di set sendiri, sudah ditetapkan syarat semua pengarah, pelakon dan kru perlu membuat ujian calitan tiga hari sebelum masuk set, ketika pertengahan penggambaran dan sebelum pulang.

"Semua itu perlu dilakukan bagi mengelakkan pe­nularan Covid-19,” kata­nya yang akan memulakan peng­gambaran drama 16 episod, Roti Cicah Susu pada minggu de­pan untuk taya­ngan di Astro.

Azman ber­kata, apa yang di­ha­rapkan, orang dalam industri kreatif dapat berkarya seperti biasa mengikut norma baharu dan kembali menjana pendapa­tan.

"Saya harap bukan penggiat seni yang duduk di Selangor, Kuala Lumpur sahaja tetapi seluruh Malaysia dan dunia juga dapat membiasakan diri bekerja dalam norma baharu.

"Saya harap orang industri kreatif dapat bangkit, kembali bekerja dan redalah walau apa jua keadaannya.

"Tetapi jangan sampai abaikan kesihatan dan keselamatan sampai jejaskan orang lain.

"Patuhlah segala SOP yang ditetapkan, semoga suatu hari nanti kita boleh bekerja seperti dulu balik,” katanya.