Bukan semua mertua jahat seperti dalam filem. Masih ramai yang baik dan berhati mulia

Iklan
sebumbung mertua

BERSAMA Wan Akashah Wan Abdul Hamid Pakar Perunding Keluarga dan Pendakwah

SOALAN

Iklan
Iklan

Ustaz, bakal suami saya yang juga anak bongsu dalam keluarganya sudah menyuarakan hasrat untuk tinggal bersama ibunya selepas berkahwin.

Saya jadi serba salah memandangkan jika diikutkan, kami berdua mampu untuk menyewa rumah sendiri.

Iklan

Bukan apa, saya sering mendengar kehidupan bersama keluarga mentua diselubungi banyak masalah. Sebolehnya, saya mahu mengelak sebelum sebarang masalah tercetus di kemudian hari. Dalam hal ini, apa nasihat ustaz kepada saya?

BAKAL PENGANTIN DILEMA, 25, Kuala Kangsar, Perak

Iklan

JAWAPAN

Beginilah, kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk memenuhi kehendak pasangan. Seperti kes yang diadukan pengadu, bakal suaminya sudah meluahkan hasrat menetap bersama ibunya selepas berkahwin nanti.

Maka, sebagai isteri solehah, berkorbanlah demi kebaikan suami. Insya-ALLAH, setiap pengorbanan kerana mahu membahagiakan suami, ALLAH SWT akan memberikan pahala yang sangat besar.

Justeru, sebagai isteri janganlah terlalu menuntut hak. Memang tidak dinafikan dalam Islam, kita digalakkan untuk duduk berasingan selepas berkahwin jika berkemampuan.

Namun, pada masa sama, kita juga perlu menghormati permintaan suami kerana untuk menikmati cahaya kebahagiaan, apa yang penting adalah kita perlu membahagiakan pasangan terlebih dahulu.

Inilah yang dikatakan Islam, jika kita mahu hidup kaya, kayakan orang dahulu. Begitu juga jika mahu urusan dipermudahkan, kita bantu permudahkan urusan orang.

Malah, untuk hidup bahagia, kita bahagiakan orang atau pasangan terlebih dahulu.

Insya-ALLAH, dalam setiap pengorbanan itu, ALLAH sudah menjanjikan sesuatu.

Bukan sekadar ganjaran di dunia sahaja, bahkan bonus syurga kekal abadi buat para isteri solehah.

Jika mahu menjadi isteri yang baik, saya juga ingin menyarankan kepada para wanita termasuk pengadu supaya berusaha sedaya upaya  membahagiakan suami dan sanggup berkorban demi pasangan.

Percayalah, pengorbanan itu sebenarnya bukannya sia-sia, ada ganjaran yang besar di sisi ALLAH SWT.

Selain itu, saya juga ingin mengubah persepsi bakal menantu bahawa bukan semua mentua itu jahat seperti dalam filem. Ada juga mentua yang sangat baik dan bertimbang rasa.

Saya yakin dan percaya, bakal mentua pengadu ini juga baik orangnya. Saya mendoakan saudari dikurniakan suami dan keluarga mentua yang baik bukan sahaja di dunia, bahkan di jannah. Insya-ALLAH.