Penonton terlalu banyak disogokkan dengan kisah fantasi - Beto Kusyairy

Iklan
BETO KUSYAIRY - PENGHULU INTERIM

BIARPUN sudah dianggap sebagai pelakon senior dan berpengalaman dalam dunia lakonan setelah hampir dua dekad dalam industri seni, pelakon Beto Kusyairy mengakui tidak pernah merasakan dirinya hebat.

Sebaliknya Beto atau nama penuhnya Nurkusyairy Zakuan Osman, sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga hasil kerja, selain profesional dalam apa sahaja dilakukan.

Iklan
Iklan

"Kerjaya seni adalah minat dan kecenderungan saya paling utama. Jadi saya memberikan sepenuh jiwa dalam setiap kerja dipertanggungjawabkan.

"Beberapa tahun ini saya sangat memilih kerja apa yang saya akan buat kerana pada fasa sekarang, fokus saya untuk berikan hasil kerja yang tidak memalukan diri dan orang yang menonton.

Iklan

"Jadi saya amat mementingkan skrip, profesionalism dan keseriusan produksi dalam mengerjakan sesuatu naskhah.

"Ini fasa saya sekarang kerana sebagai pelakon saya mahu lakonan saya memberikan impak kepada masyarakat dan bukan sekadar hiburan semata-mata,” katanya yang ditemui ketika sidang media secara maya drama Penghulu Interim baru-baru ini.

Iklan

Mengulas drama terbaharu lakonannya itu, Beto, 40, menyifatkan karya arahan Jamal Khan dan terbitan oleh Read Bean Productions itu sebagai sebuah kisah yang dekat dengan masyarakat.

"Saya sukakan naskhah ini terutama skripnya kerana sekarang masyarakat terlalu banyak disogokkan dengan kisah-kisah fantasi.

"Penghulu Interim sebuah naskhah yang berpijak di bumi dan menampilkan kisah marhaen yang berlaku dalam masyarakat.

"Biarpun mengambil latar belakang penempatan flat, namun mesej dan kritikan sosial diketengahkan berkenaan konflik semasa dan tanggungjawab seorang pemimpin sangat padu,” jelasnya.

Penghulu Interim yang turut menampilkan lakonan Nadiya Nisaa bersiaran di Awesome TV setiap, Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Bisik Pada Langit itu meluahkan rasa lega apabila industri seni kreatif dibenarkan untuk kembali beroperasi.

"Dalam pada teruja, saya tidak dinafikan ada sedikit kerisauan dalam hati untuk keluar bekerja kerana kita tahu situasi sekarang macamana.

"Bagaimanapun, mahu tidak mahu, kita semua kena menyesuaikan diri dan hidup dengan virus ini.

"Jadi kita perlu bersiap sedia dan menjaga diri dengan sebaiknya, selain patuh pada SOP ditetapkan untuk kebaikan bersama,” ujarnya.

Menyentuh tentang tindakan segelintir pelakon yang enggan mengambil tetapi masih mahu meneruskan penggambaran, Beto menyifatkan mereka sebagai mementingkan diri sendiri.

"Saya faham orang tak nak ambil vaksin itu hak dia. Bagaimanapun, apabila melibatkan kerja bersama-sama dengan orang lain, saya rasa tak sepatutnya kita mementingkan diri sendiri.

"Mereka harus sedar, bila bekerjasama dalam kelompok ramai, ia melibatkan banyak pihak lain. Kalau kita tak percayakan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain,” tegasnya.