Tip simpan tepung gandum agar tahan lama

Iklan

TEPUNG gandum adalah bahan paling utama dalam masakan kuih-muih dan kek, jadi penjagaan kualiti tepung gandum amat penting.

Jadi, Sinar Plus nak kongsikan pada anda semua tip untuk menjaga kualiti tepung gandum agar tetap terjaga dan bebas daripada bau hapak walaupun sudah lama disimpan.

Iklan
Iklan

1. Simpan di tempat khusus

Jauhkan tepung gandum daripada bahan yang berbau menyengat dengan menyimpannya di tempat yang khusus. Pastikan tempat itu bersih dan kering. Sentiasa jaga kebersihan di tempat penyimpanan tepung bagi menjamin kesegaran tepung yang disimpan.

Iklan

2. Simpan di tempat yang dingin

Untuk nampak lebih segar dan tahan lama, simpan tepung gandum di tempat yang dingin. Pastikan anda simpan tepung ini di dalam bekas yang bersih dan tertutup rapat. Tepung gandum yang disimpan di tempat yang dingin akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama.

Iklan

3. Jangan campur 

Masa nak simpan tepung gandum, hindari daripaa mencampur tepung yang baru dengan yang lama. Walaupun ia daripada jenis yang sama tapi lebih elok jika tepung ini tidak bercampur antara yang baru dengan yang lama. Tujuannya adalah untuk menjamin kesegaran tepung tersebut.

4. Letak label pada bekas simpanan

Jika anda menyimpan pelbagai jenis tepung, jangan lupa untuk letakkan label pada bekas simpanan. Perkara ini amat penting agar anda tak tersalah ambil jika nak menggunakan tepung sebab warna dan bentuk tepung kan lebih kurang sama dan ianya mudah tertukar. Jadi, penggunaan label pada setiap bekas adalah cara yang paling tepat sekali untuk mengurangkan risiko tersalah ambil.

5. Simpan di dalam peti sejuk

Untuk menyimpan tepung dalam jangka waktu yang lama, peti sejuk adalah pilihan yang paling tepat. Bukannya simpan terus di dalam peti sejuk. Ia untuk bunuh serangga dan kutu dalam tepung. Perkara ini perlu dilakukan sebelum anda nak gunakan tepung yang akan anda gunakan.

Mudah sahaja kan. Menjaga kebersihan kabinet untuk menyimpan tepung adalah penting. Tempat yang sentiasa bersih akan menjadikan tepung tahan lebih lama. Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: PNGKEY