Hamil pada lewat usia, ini risiko kesihatan yang perlu ibu dan bayi tanggung

Iklan
hamil

TIDAK dapat dinafikan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan sejak Mac tahun lalu, kadar kelahiran penduduk negara telah mengalami pertambahan luar biasa.

Menurut laporan akhbar tempatan, situasi itu tercetus ekoran majoriti pasangan berkahwin terpaksa berkurung sepanjang tempoh itu dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, mungkin terdapat para pembaca yang turut terdetik bagi merancang untuk hamil, walaupun pada lewat usia iaitu menjangkau 50 tahun.

Namun, di sebalik perancangan tersebut, para ibu perlu pastikan tubuh badan betul-betul bersedia dan sihat sebelum hamil.

Iklan

Meskipun tidak mustahil untuk hamil secara semula jadi, tetapi ia boleh dikatakan sesuatu yang sangat jarang berlaku.

Menurut Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini, wanita sebenarnya dilahirkan dengan jumlah telur pada ovari yang secukupnya sejak lahir.

Iklan

"Semakin lanjut usia, kuantiti telur juga akan semakin berkurang dan sudah pasti terdapat kebarangkalian telur itu mengalami abnomaliti," beritahu mereka.

Oleh itu, seandainya keadaan itu berlaku, perkhidmatan bantuan kesuburan mungkin diperlukan termasuklah menggunakan telur yang didermakan.

Namun, orang ramai juga perlu tahu akan risiko hamil pada lewat usia.

Sebenarnya, dilema itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada bayi yang bakal dikandung sahaja, malah kepada ibu itu sendiri.

Beberapa risiko yang boleh dihadapi sekiranya kehamilan lanjut usia berlaku seperti didedahkan oleh PHM.

Risiko kepada ibu:

i) Masalah kencing manis semasa kehamilan.

ii) Tekanan darah tinggi.

iii) Kelahiran pramatang.

iv) Bayi kembar.

v) Uri rendah.

vi) Kelahiran secara pembedahan.

Risiko kepada bayi:

i) Pertumbuhan terbantut.

ii) Bayi tidak normal seperti alami sindrom Down, sindrom Edwards dan sindrom Patau.

iii) Keguguran.

Oleh itu, sangat penting untuk ibu-ibu mendapatkan pemeriksaan prakehamilan.

Selain itu, pastikan para ibu mengambil makanan yang seimbang selain kekal aktif sepanjang tempoh berbadan dua.

Bukan itu sahaja, dapatkan juga konsultasi doktor pakar mengenai perancangan kehamilan untuk mereka yang sudah berusia 50 tahun dan ke atas.

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca SinarPlus.