Sudah lengkap dua dos? Jom singgah 5 kopitiam terbaik di Selangor, ada menu asli lebih 100 tahun!

Iklan
kopitiam

LARANGAN merentas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ditamatkan baru-baru ini membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk beriadah di kawasan tumpuan.

Mana tidaknya, kawasan pantai, air terjun atau puncak bukit dipenuhi ramai orang pada hujung minggu dan jumlahnya agak luar biasa.

Iklan
Iklan

Heboh di media sosial apabila kawasan pantai atau air terjun diserbu ramai orang yang seolah-olah mahu melepaskan kerinduan untuk berkelah mahupun bermain-manda bersama keluarga.

Iklan

Bukan itu sahaja, jalan raya juga kembali sesak apabila ramai mengambil peluang untuk jalan-jalan cari makan di lokasi yang diimpikan.

Apa-apapun anda masih lagi kena berwaspada ya, kes Covid-19 masih tinggi lagi tau.

Iklan

Baca juga 5 Kafe instagrammable wajib kunjungi di Selangor. Mana satu jadi pilihan hati…

Selain jalan-jalan di kawasan riadah, mesti korang juga rindu nak lepak di kopitiam.

Kepada yang masih tiada idea, bolehlah pertimbangkan 5 kopitiam yang ada di Selangor untuk dicuba.

Saranan Tourism Malaysia itu juga bukan tertumpu kepada keenakan nasi lemak sebagai menu sarapan pagi, rasa kopi asli dan roti bakar klasik wajib dicuba.

1. Auntie Kopitiam, Kuala Selangor

  • Destinasi ini memang terkenal di Kuala Selangor sejak tahun 1935 lagi kerana keenakan kopi Hainan tradisional yang masih lagi dijual sehingga sekarang.
  • Selain menu nasi lemak, kuih-muih dan roti bakar yang ditawarkan, anda wajib cuba mi kari laksa yang memang lain daripada lain. Bagaimana rasanya? Cubalah datang ke Kuala Selangor dan menikmatinya sendiri.

2. Thong Kee Cafe, Petaling

  • Salah satu kopitiam yang terkenal di daerah Petaling kerana berjaya mencipta menu 1+1 ‘Cham Peng’ iaitu kopi Hainan yang digabung dengan teh.
  • Agak pelik bunyinya kan? Namun, minuman istimewa itu menjadi antara menu signatur paling dicari-cari pelanggan. Lagi pelik, lagi best sebenarnya!

3. Chong Kok Kopitam, Klang

  • Dahulunya, lokasi makan-makan ini dikenali sebagai sebuah hotel, namun kini sudah menjadi sebuah kedai kopi klasik popular di Klang sejak tahun 1940.
  • Uniknya, kopitiam ini bukan sekadar terkenal dengan keenakan kopi asli, malahan menu telur separuh masak yang menggunakan mesin khas juga menjadi rebutan kerana rasanya lebih sedap dan berkrim.

4. Nam Wah Kopitiam Batu 18, Hulu Langat

  • Jangan terkejut jika korang terpaksa berebut meja dengan geng basikal yang datang bertandang ke premis kopitiam klasik tersebut.
  • Ini kerana selain menjadi lokasi wajib para penunggang basikal di daerah Hulu Langat, premis kopitiam itu juga terkenal dengan menu roti bakar yang disediakan bersama sajian kari ayam yang memang popular. Wajib cuba jika berkunjung ke sana ya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

5. Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor

  • Jangan ragu-ragu untuk memilih kedai kopitiam ini sebagai lokasi jalan-jalan cari makan pada hujung minggu kerana memiliki sijil halal.
  • Apa yang menarik, premis tersebut dikatakan sudah beroperasi dengan populariti menu asli berusia 100 tahun.
  • Wow! Bukan calang-calang menu yang ditawarkan. Antaranya Chicken Chop Hainan dan mi hailam.

Mana satu pilihan hati? Bagi mereka yang suka menghabiskan masa bersama keluarga dengan menu makanan sedap-sedap, bolehlah ke lokasi yang dicadangkan.

Apa yang penting, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya! #kitajagakita #kitalaluibersama