KELONGGARAN merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.
Nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.
Ramai yang teruja nak ke sungai, pantai, air terjun dan kawasan riadah lain di sekitar Lembah Klang.
Begitulah yang terjadi di kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.
Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan tersebut.
Dapat dilihat mereka seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Tenyata rata-rata warga maya bengang dan gusar melihat situasi seperti itu.
Sementara itu, portal tempatan melaporkan polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi SOP terutama penjarakan fizikal.
Apapun tak salah nak berekreasi bersama rakan atau keluarga tapi pastikan korang jaga SOP sebaiknya untuk elak perkara tak diingini berlaku. Ingat! Kita belum menang melawan Covid-19.