MENANAM pokok atau tumbuh-tumbuhan kini sudah dikira sebagai hobi yang menarik.
Ia bukan hanya boleh mencantikkan kediaman tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada minda dan menyamankan persekitaran.
Tanaman hiasan itu kini menjadi rebutan dan kegilaan ramai khususnya golongan 'mak-mak'.
Jika melihat pasaran, harga keladi juga agak 'keras' mengikut jenis-jenisnya tak hairanlah jika ada yang sanggup masuk kebun atau hutan untuk mencarinya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menerusi video yang dikongsi di TikTok miliknya @faa_teyn, dia berkongsi gelagat ibunya yang sanggup mengambil pokok keladi di tepi jalan.
Tenyata perkongsiannya mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut mengatakan perkara yang sama berlaku kepada ibu masing-masing.