[VIDEO] Masak untuk isteri rupanya ada 'agenda', pemuda kongsi tip baik punya

Iklan
[VIDEO] Masak untuk isteri rupanya ada 'agenda', pemuda kongsi tip baik punya

ALANGKAH manisnya sebuah mahligai perkahwinan jika pasangannya saling tolong menolong menguruskan rumah tangga.

Nyata kehidupan rumah tangga memerlukan pasangan yang sentiasa hidup lengkap melengkapi.

Iklan
Iklan

Justeru, apabila sikap ini mewarnai kehidupan keluarganya sudah pasti bahagia melimpah ruah.

Begitulah kehidupan. Kadang-kadang alam selepas berkahwin sedikit berbeza daripada sebelumnya.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Begitu yang terjadi kepada seorang pemuda ini yang berkongsi tip untuk suami.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya @shahruljohari, dia menunjukkan dirinya membantu isteri memasak menu Udang Butter ketika isterinya sedang menunaikan solat.

Dalam situasi sibuk di dapur, dia turut memberikan nasihat kepada suami di luar tentang tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Rupanya usaha 'membantu' itu adalah satu agenda untuk memujuk hati isteri dengan harapan dia dapat keluar dan melakukan aktiviti memancing.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terutama para isteri memberikan pelbagai reaksi.

Aduhai! Macam-macam cara yang si suami sanggup cuba semata-mata untuk memujuk hati isteri kan?

Buat para suami, hargailah peluang yang diberi itu untuk melakukan aktiviti berfaedah ya. Jangan pusing buat benda lain pula!