Pelik tengok kuning telur ada pelbagai tona warna, selamatkah untuk dimakan? Ikuti penjelasan pakar

Iklan
kuning telur

TELUR adalah bahan makanan yang paling popular di pasaran kerana ia paling senang dimasak dan pada masa sama dijual pada harga yang murah.

Pemakanan utamanya datang daripada komponen dalam kuning telur yang mengandungi lemak, kalori, vitamin dan mineral.

Iklan
Iklan

Kebiasaanya, apabila kita memecahkan telur, bahagian kuning kadangkala mempunyai warna yang berbeza-beza. Ada yang berwarna kuning cair dan pekat.

Apa sebabnya dan adakah ia dipengaruhi oleh komponen kimia?

Iklan

Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim memberi reaksi balasnya.

[caption id="attachment_20830" width="800"] DR Fatimah Salim.[/caption]

Iklan

Ujar Dr Fatimah, warna kuning telur sebenarnya akan berwarna kuning cair ke oren dan seterusnya menjadi warna merah.

Warna kuning disebabkan oleh bahan kimia lutein, manakala warna oren kemerah-merahan terhasil daripada bahan kimia xeaxanthin.

"Semakin banyak bahan-bahan kimia ini dalam telur, semakin pekat warnanya," katanya.

Selain itu, kepelbagaian warna telur kuning juga dipengaruhi oleh diet pemakanan spesifik ayam tersebut.

"Adakalanya makanan ayam diperkayakan lagi dengan bahan kimia semula jadi seperti beta-carotene yang biasanya diperoleh daripada kelopak bunga marigold (bunga tahi ayam) untuk mencantikkan lagi warna telur kuning ini," jelasnya.

Oleh itu, jangan bimbang jika warna kuning telur tidak seragam, meskipun kesemuanya berada sepapan ketika dibeli di kedai mahupun pasar raya.

Semuanya selamat dan jangan risau ya!

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca SinarPlus.

Jangan lupa follow kami di Instagram!