Iklan
Iklan
Kim, 41, tampil solo di karpet merah dengan penampilan Balenciaga hitam menutup wajahnya, memakai kasut tumit tinggi dan rambutnya diikat gaya ekor kuda.
Penampilan Kim ini menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengkritik fesyen seluruh dunia.
[caption id="attachment_58908" width="800"] Kim tampil dengan imej sama dalam tempoh sebulan.[/caption]
Terdahulu, Kim menarik perhatian ramai ketika tiba di bandar New York pada Isnin dengan mengenakan bodysuit berserta jaket kulit berwarna hitam, juga menutup seluruh tubuh dan wajahnya.
Menurut Daily Mail, Kim tiba bersama ibunya Kris Jenner; kakaknya, Kourtney Kardashian; dan rakan baiknya, Kris Corey Gamble.
Bagaimanapun ini bukan pertama kali Kim tampil dengan imej sebegini. Ketika pelancaran album Kanye West awal Ogos lalu, Kim juga tampil dengan busana serba hitam daripada Balenciaga sehingga disebut-sebut ramai kerana menyerupai watak dalam American Horror Stories.