[VIDEO]Tular 'kakak' pejabat pos mengamuk, rupanya ini kejadian sebenar

Iklan
[VIDEO]Tular 'kakak' pejabat pos mengamuk, rupanya ini kejadian sebenar

SEMALAM tular di laman sosial sebuah video memaparkan seorang 'kakak' iaitu kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang sedang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia.

Video berdurasi 14 saat itu dikongsi di Facebook Anak Felda memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal untuk memasuki premis tersebut bagi urusan pasport.

Iklan
Iklan

Rupanya kehadiran mereka tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di Klang, semalam adalah bertujuan mengambil pasport.

Iklan

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

Iklan

Katanya, ini memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Cawangan Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

Selain itu, tegasnya, pihaknya juga akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.