PANDEMIK Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini membuatkan pergerakan kita terbatas untuk melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal secara individu mahupun berkumpulan.
Berbulan-bulan jugalah terpaksa ‘gantung’ basikal demi mematuhi arahan kerajaan bagi mengelakkan penularan menjadi lebih berleluasa.
Pun begitu, kelonggaran demi kelonggaran diumumkan kerajaan baru-baru ini termasuklah melakukan aktiviti bersukan membuatkan ramai yang gembira.
Pun demikian, jika anda masih takut-takut lagi untuk berbasikal di luar rumah disebabkan situasi Covid-19 yang masih tidak menentu, ProForm Tour De France CSC Exercise Bike memberi penyelesaian mudah.
Basikal berwajah baharu itu yang diperkenalkan baru-baru ini telah ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada penunggangnya walaupun hanya beraktiviti di dalam di rumah.
Apa yang menarik mengenai basikal tersebut? Selain menawarkan pengalaman berbasikal yang menarik, para penunggang akan tetap fokus dengan ‘perjalanan’ yang sedang mereka rentas tanpa mengganggu ruang di dalam rumah.
Walaupun berada di dalam ruangan tertutup tidak kira di bilik atau di ruang tamu, mereka juga boleh menerokai jalan berbukit secara maya, sekali gus menguji ketahanan diri secara maksimum.
Lagi best, reka bentuk basikal lumba yang canggih membolehkan pengguna melaras kedudukan secara menegak atau mendatar, mengikut kesesuaian penunggangan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dilengkapi dengan teknologi iFit Live yang dikuasakan Google Maps, ProForm Tour De France CSC Exercise Bike turut membolehkan pengguna memuat turun peta laluan berbasikal secara automatik terus ke paparan sesentuh.
Jangan terkejut jika anda diuji dengan 22 tahap ketahanan digital kerana fitur tersebut mampu meniru pengalaman menunggang basikal lumba!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.fitnessconcept.com.my atau singgah ke outlet fitness concept berhampiran.