SEMAKIN hari, semakin memberi ia semakin bertambah. Kehidupan manusia lebih indah jika sentiasa memberi atau bersedekah.
Nak melakukan kebaikan dengan amalan bersedekah boleh saja pada bila-bila masa.
Tak perlu tunggu kaya, hanya secara kecil-kecilan atau apa yang mampu sedikit sebanyak boleh meringankan beban dan memuliakan diri dan orang lain.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Jom amalkan. Ini 15 cara yang kreatif untuk bersedekah;
1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap serta letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang dan makan.
2. Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan sebahagian untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.
3. Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.
4. Sediakan satu kotak di rumah atau pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.
9. Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana ia adalah sedekah.
10. Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan serta berdoa yang tulus untuk mereka.
11. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang susah.
12. Letakkan sebuah kotak kecil di bilik. Setiap kali merasa diri melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap sebulan sedekahkan wang itu kepada mereka yang memerlukan.
[caption id="attachment_26998" width="800"] ALLAH SWT akan menerima taubat seseorang yang bersungguh-sungguh dan menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan selama ini selagi nyawa belum sampai di kerongkong.[/caption]
15. Sedekahkan al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: zayan, wanista