Kuih abok-abok utara juadah berbuka

Iklan
Kuih abok-abok utara juadah berbuka

BILA menjelang bulan Ramadan, mesti segelintir daripada kita akan mencari kuih sebagai pembuka selera sebelum menikmati hidangan berat. Tapi sedihnya tahun ini kita tidak dapat ke bazar Ramadan.

Kuih abok-abok ni kebanyakan mesti akan dijual waktu bulan Ramadan je jadi anda boleh cuba resipi untuk buat sendiri di rumah.

Iklan
Iklan

Bahan untuk inti:

1 atau 2 cawan kelapa parut

Iklan

3/4 cawan gula merah

1 cawan air panas

Iklan

1 sudu besar tepung gandum.

Cara penyediaan:

Mudah je nak buat initi kuih abok-abok ini, anda perlu masukkan kesemua bahan ini ke dalam kuali dan kacau sehingga kering.

Bahan-bahan serbuk kuih abok-abok:

Kacang hijau

Cara penyediaan:

Sediakan 1 cawan kacang hijau yang sudah dibasuh anda boleh guna kacang hijau yang buat bubur kacang. Letakkan kacang hijau ke dalam kuali. Sangai hingga ranggup dan goreng tanpa menggunakan minyak. Sejukkan seketika sebelum blend tanpa menggunakan air. Tuang bahan blend dalam penapis dan ayakkan.

Bahan-bahan untuh doh:

2 cawan tepung pulut

Air

Cara penyediaan:

Masukkan 2 cawan tepung pulut dan dinancuh bersama air. Jadikan doh sebegini (seperti di dalam gambar), tidak seberapa keras dan tidak terlalu lembik.

Kemudian, ambilkan doh tadi dimasukkan inti yang sudah siap. Tutup doh yang terbuka untuk dijadikan bentuk bebola. Sementara itu, didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan doh ke dalam air panas.

Sekiranya, doh tadi kelihatan terapung sebegini anda perlu segera angkat menggunakan penapis.

Sebaik sahaja diangkat daripada air mendidih tadi, golekkan doh ke atas tepung yang telah dikisar. Tekankan perlahan doh menjadi bentuk leper. Pastikan salutan tepung kena pada semua permukaan doh.

Hasil kuih abok-abok versi utara akan jadi sebegini. Rasanya yang kenyal dan manis dengan isi kelapa pasti memberi kepuasan sewaktu berbuka puasa. Memang sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Fb Shakinah Zainal

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif