'Pulau Langkawi, kami datang'- Nora Danish selamat tiba bercuti di pulau legenda

Iklan
'Pulau Langkawi, kami datang'- Nora Danish selamat tiba bercuti di pulau lagenda

SEMPENA hari pertama Pulau Langkawi dibuka semula kepada pelancong semalam, pelakon cantik Nora Danish antara yang tidak melepaskan peluang menjejakkan kaki untuk bercuti di pulau legenda itu.

Menerusi hantaran di Instagram, percutian pelakon itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim.

Iklan
Iklan

Nora turut berkongsikan foto berangkat ke Langkawi menaiki kapal terbang serta foto bersama suami tiba di sebuah hotel di sana.

Iklan

Perkongsian Nora itu dilihat sekali gus menjadikannya sebagai selebriti tanah air yang terawal bercuti ke Langkawi selepas dibenarkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Nedim dalam satu hantaran Instagram juga mengakui dia juga berasa paranoid dan berdebar selepas sekian lama tidak melancong dengan menaiki pesawat.

Iklan

Menurut Nedim, bagi pelancong yang mahu ke Pulau Mahsuri itu dinasihatkan agar membuat ujian saringan Covid-19 sehari sebelum bertolak agar memudahkan urusan perjalanan.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Rakyat tempatan dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula 16 September 2021.

Memang seronok apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk semua bercuti, namun jangan sesekali lupa untuk mematuhi SOP yang ditetapkan ya! #kitalaluibersama #kitajagakita