Mental koyak! Guru didakwa makan gaji buta sepanjang PdPR, Prof Muhaya beri transformasi percuma

Iklan
pakaian kelas online

APABILA bercakap mengenai Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), umum mengetahui ia merupakan kaedah pendidikan secara dalam talian seperti aplikasi Zoom, Google Meet, Google Classroom, Skype dan sebagainya.

Pun begitu, sejak pandemik Covid-19 melanda, para pendidik juga terkesan dan mengalami pelbagai cabaran ketika melaksanakan aktiviti PdPR.

Iklan
Iklan

Selain itu, inisiatif PdPR yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan guru, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.

Zurina Shaari, 49, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar.

Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.

Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’.

Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.

Sementara itu, bagi Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.

Justeru, untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental tersebut turut mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Prof Muhaya itu pada 21 Ogos lalu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.

Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.

Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.

Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Hadiah menarik turut menanti peserta yang terbabit.

Prof Muhaya ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

Bagi mereka golongan guru yang berminat menyertai program secara percuma bakal diadakan pada 18 September ini, bolehlah mendafttar dengan menekan link https://muhayyamomentum.com/order/form/transformasi_guru_2 atau hubungi talian 0194447449.