[VIDEO]'Kenapa tak gam?' - Reaksi mak cik lihat duit terbang buat warganet terhibur

Iklan
[VIDEO]'Kenapa tak gam?' - Reaksi mak cik lihat duit terbang buat warganet terhibur

JASA ibu bapa tercinta tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa dan pengorbanan mereka, pasti tak akan terhitung.

Lebih daripada buih-buih di lautan, begitulah banyaknya jasa kedua-dua insan mulia itu terhadap kita.

Iklan
Iklan

Seperti sebuah video yang tular di aplikasi TikTok apabila seorang mak cik mendapat hadiah istimewa difahamkan daripada anaknya sempena hari lahir.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi video tersebut, mak cik itu kelihatan teruja menerima sebuah jambangan bunga dan belon.

Iklan

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila mak cik terbabit terkejut seusai sahaja memotong riben balon, beberapa kepingan duit terbang ke udara.

Bagaimanapun, pemilik video @dlovefa mengatakan wang yang terbang tersebut hanyalah duit palsu yang dicetak hanya untuk prank ibunya.

Di hujung video itu, mak cik berkenaan turut diminta untuk menarik sekuntum bunga ros pada jambangan tersebut dan terdapat wang yang betul sebagai hadiah untuknya.

Reaksi mak cik tersebut menghiburkan ramai. Rata-rata warga maya turut mengatakan jika 'surprise delivery' macam itu seharusnya dibuka di bawah bumbung supaya tidak terbang.

Sayangilah kedua ibu bapa selagi mereka masih ada.